Saturday 14 July 2012

Let's have a try~


Hye...dah berhabuk blog neyh..huhu...skang br ade masa nak update...sejak mintak stop utk treatment ngan doctor neyh..amat busy ngan keje n travelling (for work of coz).. life goes on and on...

hari nie tetibe ade mase nak godam en.gugel utk cari amalan yg leh diwat utk dapat baby nie...input before nie pon dah banyak..tp ade yang ok ade yang xsesuai ngan diri aku neyh..haha..

sebagai preparation untuk last treatment bulan 9 or 10 nanti...aku dah listkan barang2 yang nak dibeli n perlu ade...antaranyer adalah...jeng jeng jeng...(drum roll)...

a) badam...kat umah nie ade serbuk badam jek utk wat kek..hahaha...leh kot guna...
b) madu asli..nie dah suh abah carikan...ade sket je lagi balance kat umah nie...huhu..
c) susu..bab nie yg lemah...nape mesti susu warna putih...kalo warna choc n pink laju la aku beli...hahaha
d) habbatussauda (soft gel) ...yang kat umah nie oil punyer...
e) pil maharani.. nie dah call Hawa...beli kat die jek...nak beli PB xmampu lagi...hehehe...

buah zuriat ade sebijik je lagi...cukup la kot utk kali nie...disamping tuh aku gak makan multivit & acid folic..I hope with all the efforts, He will grant our wish...

dah membebel panjang la plak...ari nie nak share satu amalan yg aku baru jumpe..tengok dari blog nie ....sgt2 berguna...aku dah compilekan so skang share ngan korang plak..


Amalan Mendapatkan Zuriat

1) Si-isteri hendaklah mengira tarikh yang dia akan subur. Perlu dia dan suami meminum air zikir bermula hari 10 sebelum masa subur.

2) Zikir berikut hendaklah dilengkapkan dalam masa 1 minggu, dan mula di minum air hembusannya dalam masa 1 minggu.

SubhanALLAH 
walhamduLILLAH 
wala ilaa ha ILLAH 
hu waLLAH hu Akbar (5,000x)

3) Menantikan waktu tersebut, suami hendaklah minum setiap malam sebelum tidur, untuk menyuburkan diri-nya:

Satu gelas susu, dicampur 2-3 biji badam ditumbuk halus, dicampur 1 sudu besar madu asli.

4) Menantikan waktu tersebut, isteri hendaklah minum samada setiap malam, atau pada awal pagi sebelum sarapan untuk menyuburkan diri-nya:

Satu gelas susu, dicampur 2-3 biji badam ditumbuk halus, dicampur 1 sudu besar madu asli, dicampur 1 sudu kecil serbuk cinnamon (kayu manis).

5) Masuk hari 10 dari waktu subur, suami dan isteri

5a) minum air zikir segelas sehari

5b) hendaklah melakukan urutan di perut mereka menggunakan tangan kanan. Arah urut dari pusat ke ari-ari sambil menyebut YA RAZAK 33x. (jangan lakukan terbalik atau pusing-balik)

6) Semasa waktu subur, jangan lupa berdoa untuk mendapatkan anak yang soleh, atau solehah. (doa sebelum jimak)

Dipetik dari : Amalan Mendapatkan Zuriat

Nota : (yang nie ape blogger nie (mya) guna la)
Bagi yang nak mencuba, saya sendiri menggunakan :

1) susu segar dutch lady atau magnolia (range harga rm4 - rm5 seliter),
2) madu khaula asli (range harga rm60-rm65 sebotol , di pasar seksyen 6 shah alam, penjual boleh bagi diskaun sedikit)
3) badam dalam peket beli di pasaraya (balik rumah kisar kasar2 sedikit dan simpan dalam bekas kedap udara)
4) serbuk cinnamon beli di pasaraya.

Disyorkan juga melakukan solat hajat agar hajat dimakbulkan. Insyaalah DIA maha mendengar.

Lagi amalan untuk mendapatkan zuriat

Ini antara amalan2 yang boleh dibuat dalam usaha mendapatkan zuriat:

1) Amalkan zikir "Ya Musawwir!". Sekiranya seorg isteri yg sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dgn berpuasa selama 7 hari dari Ahad
hingga Sabtu. Diwaktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x, kemudian diminum air tersebut utk berbuka puasa.Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yg sama tetapi hanya dgn berpuasa selama 3 hari. Kemudian, pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10x, Insyaallah akan dikurniakan anak yg soleh dgn izin Allah swt.

--Khasiat As'maul Husna

2) Zikir Amalkan zikir "Ya Khaliq", " Ya Bari' " dan "Ya Musawwir"

3) Amalkan banyak bersedekah.

4) Amalkan membaca surah Ar-Rahman supaya terbuka pintu rezeki.

5) Solat hajat & berusaha mencari waktu yang makbul berdoa. Panduan berdoa di sini. Adab berdoa di sini

6) Amalkan banyak berselawat ke atas Nabi. Selawat yang biasa kita dengar seperti ALLAHUMMA SOLLI A'LA SAIYIDINA MUHAMMAD. Anda boleh juga cuba selawat yang lebih panjang seperti selawat tafrijiyah atau selawat tunjina , mudah2an dimakbulkan hajat.

Selawat Tafrijiyyah


 Maksudnya:
Terjemahan:
Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu. 

diambil dari : darussyifa' online 

7) Pada hari Jumaat, mulai Asar hingga Maghrib, duduklah berzikir

"Ya Rahman, Ya Rahim Ya Allah" dan apabila menghampiri azan Maghrib, berdoalah  "Ya Rahman, Ya Rahim Ya Allah, kurniakanlah aku zuriat yang soleh" (atau apa2 hajat lain).

Amalkan 3 Jumaat berturut2 mudah2an hajat dimakbulkan.

Nota : tips dipetik dari ceramah ustazah Fatimah Az-Zahra di Astro.

Hari Jumaat , biasanya saya sampai ke rumah lewat, untuk duduk berzikir agak
sukar, jadi dalam perjalan balik dalam kenderaan, saya bacakan saja. (this is the option blogger did)

8) Amalkan doa Nabi Zakaria:

Terjemahan:
Wahai Tuhanku!Janganlah Engkau biarkan daku bersendirian (tanpa meninggalkan zuriat) dan Engkau adalah waris yang paling baik
- Al Anbiyaa' ayat 89

dipetik dari : blog doa