Doa dari seorang isteri...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Kau ampunilah dosa-dosa yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuh segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah, sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arash
Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titianMu
Kurniakanlah sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku adalah pria untukku di JannahMu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku adalah yang terbaik untukku di duniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Maka berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang, kau tunjukkanlah jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan, kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan, Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka.
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu
Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu
Ya Allah
Kuatkanlah hati dan semangatku
Tabahkanlah aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri yang solehah
Hanya padaMu Ya Allah
Ku mohon segala harapan kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, isteri yang dikasihi, isteri yang solehah, isteri yang sentiasa dihati suamiku
Amin Ya Robbal Alamin..