Pendapat Imam Asy-Syafie dalam kitabnya al-Umm telah berkata " Telah sampai pada kami bahawa dikatakan : sesungguhnya doa dikabulkan pada 5 malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban"
tadi pagi, muezza kucing kesayanganku buat bising pagi2 ajak org main ngan die...so kena la bangun..hubby pon kena keje ari ni...siapkan baju2 n air die..bg mkn ikan..sarapan pagi...xde ape nak buat lepas tuh...so bukak la tv...tgk alhijrah rancangan Alhamdullillah...topik ari nie pasal adab di masjid...tp bukan itu yg aku nak cerita hari nie...
diakhir rancangan ustaz tu kate, esok malam adalah malam 1 Rejab, ia adalah salah satu dari 5 waktu yang Allah buka pintu langit dan die suh banyakkan istighfar ngan penghulu istighfar dan memohon keampunan Allah, jika kita berdoa, InsyaAllah doa kite dimakbulkan Allah... bagi kawan2 TTC mungkin kite boleh menghargai malam nie dan berdoa semoga Allah mengabulkan permintaan kite semua...
kat sini jugak nak kongsikan, waktu2 lain yang mustajab doanya...
1) Satu pertiga malam
2) Sewaktu hujan turun
3) waktu diantara dua khutbah khatib pada solat Jumaat
4) Sewaktu membacakan syahadah akhir setiap waktu solat
5) Tempoh masa dari azan hingga iqamat, dan juga sewaktu bilal telah iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf (yang nie sorang kawan aku kat SK Inderapura, Ustaz Azrul, penah bgtau, time tu bulan puasa)
6) Setiap sujud di dalam setiap waktu solat (time nie kalo nak baca doa selain dr bahasa arab kena baca dalam hati jek...kang batal plak solat)
7) Waktu Dhuha (iaitu waktu setelah berakhirnya masa tahrim (masa yg diharamkan solat) dari selepas solat subuh sehingga waktu bangunnya anak unta dr tidurnya atau kata org tua, tinggi matahari sudah capai dua galah iaitu lebih kurang sejam sebelum masuk solat zohor). Antara fadilat Solat Dhuha ialah memurahkan rezki...
8) saat barisan (kaum muslimin) yang berjihad di jalan Allah melakukan penyerangan
9) Sebelum zuhur & saat melaksanakan shalat sunat qubliyah zuhur
10) Saat menanti dua shalat
11) Saat membaca doa Iftitah
sumber : pelbagai (i luv Islam, aku cari comedi internet, gengterengganu)
aku harap aku dapat melatih diri aku utk lebih rajin pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan yg mendatang nie...dah aku sgt berharap aku akan terus istiqamah dlm ape yg aku lakukan utk bulan2 yang seterusnya... Ya Allah berilah aku Hidayah-Mu dan kekuatan hati dan badan utk melakukan kewajipanku sebagai hamba-Mu, Ampunkan aku atas khilaf dan kelupaan aku terhadap-Mu...
No comments:
Post a Comment