Friday 20 January 2012

prenatal vitamin

hari nie bukak FB nampak post dari Dr. Zubaidi...pasal pre-natal Vitamin...aku pon amek gak prenavit nie...tp jap makan jap lupa la...huhu...xleh nak copy tapi aku link kat cni postnyer...

and utk simpanan aku sendiri...aku re-type la kat cni...mintak share yer Dr. Zubaidi...senang nak tau ukuran yg patot diambil...maklumlah aku merancang utk pregnen tp masih belom...so kalo nak amek dos yg berlebihan xelok plak kan...

prenatal vitamin = bekalan tambahan (supplemen) utk wanita hamil. ia berlainan dgn mana2 suplemen vit biasa utk org dewasa yg tidak hamil kerana dosnyer berbeza. supplemen nie boleh didapati dari pil yg berlainan atau dalam satu set multivitamin yg diformulakan khas utk wanita hamil.

pengambilan suplemen prenatal vitamin mmg dgalakkan kerana dpt mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, kelahiran pramatang dan kekurangan berat ketika bayi dilahirkan. ia juga memberikan kekuatan dan membantu wanita hamil mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.

ia juga membantu mengurangkan risiko kehilangan nutrisi dikalangan wanita yang mengalami loya, muntah dan tidak mempunyai selera utk makan diawal kehamilan.

antara suplemen yg penting bg wanita hamil ialah zat besi (iron), kalsium, folic acid dan omega-3. namun amalan pengambilan suplemen prenatal vitamin tidak pula bermakna seorang wanita hamil boleh meninggalkan pemakanan yg mengandungi karbohidrat, protein, lemak dan air.

prenatal vitamin juga tidak menjanjikan anak yg bakal dilahirkan tidak mengalami apa2 masalah kesihatan atau kecacatan. setiap wanita bertanggungjawab memastikan suplemen multivitamin yg diambil tidak melebihi dari dos yg sepatutnya. hal ini boleh ditanyakan kepada doctor yg merawat.

FOLIC ACID
Folic acid sgt penting bg pkembangan fizikal & saraf bayi dalam rahim di awal kehamilan. ia harus diambil sebaik saja persenyawaan berlaku antara ovum dan sperma supaya kita dapat berikhtiar utk menghalang kecacatan neural tube, disamping membantu pembentukan saraf dan sel2 yg lain.

oleh itu, ramai pakar perubatan yg mencadangkan agar pengambilan folic acid  ini dimulakan sebelum kehamilan lagi. mereka mencadangkan agar folic acid diambil sebaik saja selepas berkahwin kerana ada kalanya kehamilan berlaku tanpa dirancang.

dos yg dcadangkan bg wanita yg bersedia utk hamil ialah 400 micrograms(mcg) sehari, sementara wanita yg telah hamil ialah 1,000 mcg sehari. sebagai makluman, ada pil suplemen vitamin di farmasi mengandungi folic acid dijual dgn dos 5mg (5000mcg).

oleh itu harus berhati2 memilih pil vitamin yg mempunyai dos folic acid yg sesuai mengikut keperluan.

IRON (ZAT BESI)
iron (zat besi) penting utk pembentukan sel darah merah yg berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh. ia mengurangkan risiko kelahiran pramatang.

dos yg biasa dicafangkan utk wanita hamil ialah 27mg, berbanding dgn dos wanita yang tidak hamil ialah 18mg. sebagai perbandingan, kebanyakan pil suplemen ferrous fumarate 325mg mengandungi 106mg iron.

oleh itu jgn mengambil pil supplemen zat iron melebihi satu pil, bg mengelakkan kesan sampingan seperti sembelit dan pedih perut.

bg menggalakkan penyerapan zat iron dgn lebih baik, elakkan pengambilan antibiotic seperti ciprofloxacin, doxycycline, norfloxacin dalam masa 2 jam sebelum atau selepas menelan pil suplemen yg mengandungi zat besi.

terdapat beberapa jenis makanan yg mengganggu penyerapan zat iron seperti ikan, daging merah dan hati. oleh itu pengambilan zat iron harus dilakukan sejam sebelum atau 2 jam selepas memakan makanan seperti ini.

begitu juga jika memakan makanan jenis tenusu seperti susu, mentega atau keju. elakkan juga suplemen yg mengandungi kalsium atau antacid (ubat angin) yg mengandungi kalsium bersamal suplemen zat iron kerana ia menghalang iron ke dalam tubuh.

ini bermakna pil suplemen zat iron tidak boleh dimakan bersama2 dgn pil suplemen kalsium.

KALSIUM
kalsium pula sgt penting bg pembentukan tulang dan gigi. bekalan kalsium dalam prenatal vitamin selalu mengandungi kadar yg lebih tinggi berbanding dgn bekalan kalsium dgn multivitamin yg biasa.

sungguh pun begitu, prenatal vitamin tidak membekalkan semua keperluan seharian kalsium diperlukan oleh wanita yg hamil. ini bermakna mereka harus mendapatkan kalsium dari sumber pemakanan yg sihat.

tanpa bekalan kalsium yg cukup, wanita yg hamil boleh terdedah kepada risiko preeclampsia, yg mungkin membawa maut kpd ibu dan anaknya dalam rahim.

dos yg diperlukan bg wanita hamil ialah 1,000 miligrams(mg) setiap hari.

OMEGA-3
omega-3 diperlukan utk perkembangan otak, membentuk sistem saraf & mjamin penglihatan yg baik. ikan adalah sumber terbaik bg omega-3 terutama ikan salmon. malangnya ikan salmon dibimbangi boleh menyebabkan keracunan merkuri, akibat pencemaran sungai di US. bg wanita yg hamil & menyusukan bayi, dos yg dicadangkan ialah 200-300 mg sehari.

NASIHAT DARI DR. ZUBAIDI
sebaik2nya sebelum mengamalkan suplemen prenatal vitamin, berbincanglah dengan doctor yg merawat. adakalanya suplemen ini mengandungi nutrient yg agak tinggi yg bertujuan utk kegunaan wanita2 yg bertubuh besar di barat.

pengambilan nutrien yg berlebihan boleh menambahkan lg rasa loya dan muntah terutama di awal kehamilan. oleh itu pil itu boleh diambil dlm bentuk yg lain seperti berbentuk cecair yg selalu digunakan oleh kanak2 atau membelah pil vitamin utk dimakan pd waktu pagi dan waktu malam. cara lain ialah menggunakan pil multivitamin yg biasa yg boleh dikunyah (chewable).


wanita hamil juga dinasihatkan hanya menggunakan satu jenama saja yg sesuai utknya. penggunaan ketika hamil tidak digalakkan kerana kebanyakan herba yg ada dipasaran sekarang tidak mempunyai bukti ia selamat utk wanita hamil.

begitu juga dgn pengambilan Vitamin A sebagai suplemen prental vitamin. pastikan vitamin A yg diambil  kurang daripada 5000 IU dalam sehari. Oleh itu, perhatikan labelpada botol multivitamin sebelum membelinya.

walaupun vitamin A sgt penting utk pkembangan fizikal, penglihatan dan daya tahan tubuh, namun pengambilan vitamin A yg terlalu banyak boleh menyebabkan kecacatan pd bayi. fakta ini dibuktikan dalam beberapa kajian yg sahih.

resource fr Dr. Zubaidi.

No comments:

Post a Comment