Friday, 27 January 2012

9 jenis syaitan

Saidina Umar al-Khattab r.a. berkata, terdapat sembilan jenis anak syaitan yang mesti kita berwaspada agar tidak terjerumus ke lembah kehinaan. Berikut adalah jenis anak syaitan tersebut :

DAASIM
Duduk di muka pintu rumah kita. jika kita tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga yang lain)

WATHIIN
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah

MURRAH
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan dunia glamour

WALAHAAN
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

HAFFAF
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yand berada ditempat-tempat maksiat (contoh:disko, kelab malam dan tempat yang ada minuman keras)

MASUUD
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja yang mula dari kata-kata mulut.

LAKHUUS
Merupakan sahabat dan orang Majusi yang menyembah api dan matahari.

ZALITUUN
Duduk di pasar, kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

A'AWAN
Menghasut sultan, raja atau pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan dan kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

No comments:

Post a Comment