bile org bertanya...aku rasa macam susah sgt nak explain ape itu endometriosis.. jadi kat cnie aku copy la penerangan dr. Adilah bout Endometriosis nie.. xpon leh jek baca kat link nie .. http://dradilah.blogspot.com/search/label/Endometriosis
-----> credit goes to Dr. Adilah... aku suka baca solusi Dr. Adilah utk mslh2 wanita nie.. sgt details..sape2 nak jengah sila2 lah..
Apa itu endometriosis? (part 1)
- kehadiran tisu menyerupai endometrium di lokasi lain dari sepatutnya
- endometrium pula adalah tisu yang membentuk lapisan terdalam dinding rahim. Endometrium membentuk tempat perlekatan janin (jika ada persenyawaan). Jika kehamilan tidak berlaku, endometrium akan bercerai dari dinding rahim yang lain dan membentuk haid.
Apa puncanya?
- pebagai teori
- most popular theory - retrograde menstruation (darah haid memasuki tiub falopian dan tumpah ke dalam ruang pelvis, kemudiannya "hidup" mengikut hormon pusingan haid dan lama kelamaan menjadi semakin teruk), walhal sepatutnya semua darah haid ini turun ke faraj
Apa kesan endometriosis kepada seseorang?
-ramai yang tiada simptom
ada yang mengalami 1 atau lebih daripada simptom-simptom ini:
- senggugut (dysmenorrhoea) pelbagai tahap (tiada kaitan dengan tahap endometriosis, ie jika senggugut sedikit sahaja tidak bermakna endometriosis juga sedikit sahaja. Sebaliknya jika senggugut teruk, tidak semestinya bermakna endometriosis juga teruk)
- sakit ketika hubungan seks (dyspareunia)
- masalah kesuburan (terutama apabila ia mencacatkan laluan tiub falopian) atau merosakkan ovari
- bengkak abdomen seperti ada ketulan (ovarian endometriotic cyst yang besar)
Apakah kaitan endometriosis dengan kesuburan?
- kajian mendapati lebih ramai wanita dengan endometriosiis peringkat III dan IV mempunyai masalah kesuburan berbanding wanita sihat.
- bagi endometriosis peringkat I dan II, ia tiada kitan dengan gangguan kesuburan
Nama lain endometriosis?
- endometriosis adalah nama am
- apabila endometriosis membentuk ketulan di dalam dinding otot rahim, ia dinamakan ADENOMYOSIS
- apabila endometriosis membentuk cyst di dalam ovari, ia dinamakan ENDOMETRIOMA endometrioma (yang juga disebut chocolate cyst atau endometriotic cyst)
- di tempat2 lain, endometriosis tiada nama khusus, hanya guna nama endometriosis sahaja
Jangan keliru dengan endometritis (peradangan akibat jangkitan kuman di dalam ruang rahim)
Bagaimanakah mendiagnosis endometriosis?
- diagnosis sah hanyalah secara "direct visualization" sama ada secara pembedahan laparoskopi diagnostik atau secara laparotomi
- walau bagaimanapun, diagnosis provisonal boleh disyakki melalui pemeriksaan fizikal (ketulan, cervix deviated to one side), ultrasound trans-vaginal (rahim retroverted/terbalik atau senget, ovari - cyst, position not in place), fluid collection during menstruation (most probably menstrual blood)
So, anda boleh mengesyakki diri anda mempunyai endometriosis jika:
- anda mempunyai senggugut, atau
- anda mengalami sakit ketika hubungan seks, atau
- anda mempunyai masalah kesuburan, atau
- anda berasa perut membengkak, atau
- anda mempunyai kakak atau ibu dengan petanda yang sama (endometriosis boleh bersifat keturunan)
Pembedahan merawat endometriosis bagi wanita yang mengalami gangguan kesuburan adalah suatu seni yang subjektif. Ia perlu dilakukan secara berhati-hati, penuh kesabaran tanpa mementingkan masa, serta tidak mengakibatkan lebih keburukan terutamanya kepada ovari yang mengandungi bekalan benih telur yang tidak akan bertambah lagi pada sepanjang hayat wanita.
Setelah cyst pada ovary dibuang, permukaan yang luka dan kadangkala berdarah) itu perlu diberi perhatian dalam menghentikan pendarahan, tidak perlu tergesa-gesa dengan kerap mengenakan arus elektrik (diathermy) yang boleh memberi "heat trauma" dan merosakkan tisu ovari yang masih sihat. Teknik seperti tekapan (mengenakan tekanan) ke atas pendarahan tersebut dan jahitan adalah teknik-teknik yang bersifat less traumatic. Doktor sepatutnya memberi lebih perhatian dalam hal ini, terutamanya bagi wanita yang masih menginginkan kehamilan.
Endometriosis (part 2)
- derived from the word 'endometrium'
So, what is endometrium?
- lapisan terdalam pada dinding rahim (uterus) yang akan mula2 menebal dan kemudiannya ter-detached pada awal setiap kitaran membentuk haid
- lapisan endometrium ni penting untuk perlekatan(implantation) embrio
- FYI, rahim (uterus) ada 3 lapisan - serosa (nipis je pd permukaan rahim), myometrium (lapisan tengah yang berotot, di sinilah asalnya fibroid) dan endometrium
So, apa kaitan endometriosis dgn endometrium?
- (sila baca teori dalam post yg lalu)
- tu sebab namanya hampir2 serupa dgn endometrium
Macamana nak confirm endometriosis?
- hanya secara direct visualization sahaja iaitu kena saksikan dgn 4 mata sendiri (bagi saya dan suami serta dr2 lain yg rabun) tanpa bantuan apa2 alat imbasan pun, maknanya kena buka/operatelah
- mujurlah zaman sekarang dah ada teknologi laparoskopi, tak yah buka besar2
- mujurlah teknik laparoskopi dah semakin berkembang, bergantung kepada kemahiran yang ada, bukan sahaja boleh tengok (diagnostic laparoscopy), kira point utk bagi staging berapa, and juga boleh buat clearance treatment
Habis tu, saya kena operate dulu ke?
- Ish! Tak semestinya. Sebab, endometriosis tak semestinya membebankan atau memberi masalah. Ada yg tak dapat senggugut pun, ada yang subur berturut2 tahun, ada yang dapat tahu bila dah nak sampai umur menopaus etc etc
Kalau tak nak operate, macamana Dr boleh kata saya ada endometriosis?
- Saya bagi provisional diagnosis (iaitu diagnosis yang disyakki paling mungkin) dulu. Nanti, bila dah operate (n kalau setuju nak di-operated), barulah saya boleh bagi final diagnosis (confirmatory diagnosis). Lebih kurang ala2 Dr 'tilik' dulu.
- Ada beberapa petanda utk Dr syak U ni ada endometriosis. Tetapi, ia tak le betul 100% utk semua. Ada yg tak de apa2 problem pun n Dr jumpa masa dia datang utk general screening check-up. Ada yg hanya dapat 1 atau 2 atau lebih atau semua petanda di bawah:
--1) senggugut (dysmenorrhoea)
--2) sakit ketika hubungan seks penetratif (dyspareunia)
--3) sakit ari2 (pelvic pain) biasanya kalau dah lama ada endometriosis
--4) kesukaran hamil (subfertility)
--5) ketulan di bahagian bawah perut (pelvic fullness/swelling)
--6) ada fibroid (sebab endometriosis dan fibroid 'hidup' dengan 'makanan' yang sama iaitu hormon estrogen)
Dr bagitau saya ada chocolate cyst, tu endometriosis ke?
- Endometriosis tu adalah nama am. Ada orang bijak pandai yang telah memberi nama khas untuk endometriosis di bahagian tertentu
- chocolate cyst (or endometriotic cyst or endometrioma) : endometriosis yang berupa cyst di dalam ovari
- adenomyosis (endometriosis di dalam myometrium (lapisan berotot rahim)
- so, kalau nak nama masuk dalam sejarah perubatan moden, silalah bagi nama khas utk endometriosis pada tiub falopian, usus, pundi kencing, parut pembedahan etc etc
Dr kata saya ada ovarian cyst, yg tu pun endometriosis ke?
- Oh! Tidak semestinya. Ovarian cyst ada banyak jenis (sila rujuk kembali post terdahulu)
- Kebiasaannya, ovarian cyst yg endometriosis tu (aka chocolate cyst/endometrioma/endometriotic cyst) kelihatan berjeragat cecairnya. Istilah perubatan moden utk meng-describe endometrioma ialah
--1) homogeous (as opposed to hypo-echoic dalam cyst biasa)
--2) thick capsule
--3) kadang2 boleh ada banyak sekatan2 di dalamnya (multi-loculated)
--4) lupalah pulak amende lagi.....
Adenomyosis tu camne?
- Lokasinya sama dengan fibroid, iaitu di dalam lapisan myometrium
- Cuma, ciri2nya berbeza
- The border is not that well-defined, nampak macam sebati je dgn myometrium (unlike fibroid yg ada kelihatan capsule yg jelas)
No comments:
Post a Comment