Tuesday, 14 February 2012

buah zuriat

agak lama xonline...busy sket dengan kerja...dah makin banyak workload skang..huhu...kena buat audit, tax and accounts...agak pening jugak bile nak kejar dateline utk keje2 tuh...semua dalam satu masa je dapat...xpe..bile lagi nak tambah pengalaman kan....kawan2 ofis pon ok...environment pon best jugak...harap aku akan stay lama and complete kan ACCA membership tuh...chaiyork...
hari nie nak kongsi cara nak guna buah zuriat...nenek aku bg 2 bj buah nie...aku xpandai pon guna rupenye...mule2 dapat ari tuh aku rebus je seketul tuh...(ngan sabut2 skali)..rupenyer...salah...huhu...bile tau caranye...rase cam bazir je...dah la susah nak dapat kan...nie ada lg satu...so nak try buat yg nie plak...kalo ade sesape nak beli bley pegi kat LINK nie...
KHASIAT BUAH ZURIAT


Buah Zuriat juga dikenali sebagai Buah Hawa atau Buah Adam merupakan buah yang sangat popular di kalangan jemaah haji dan umrah. Di negara Arab buah ini dikenali sebagai Doum. Di Mekah dan Madinah, buah ini dijual sebagai sediaan herba untuk mengatasi masalah kesuburan di kalangan lelaki dan wanita. Ianya dibelah dua kemudian direbus dan diminum air rebusan tersebut setiap hari. Ada petua yang hanya merebus kulit dan ada juga yang merebus biji dan ada yang merebus kulit dan biji sekaligus. Sudah ramai yang berjaya hamil dengan meminum air rebusan Buah Zuriat.

Petua 3: Cara penyediaan Buah Zuriat & cara makan oleh Myvitrd


Dibawah adalah petua penyediaan dan kaedah makan buah zuriat yang disediakan oleh seorang blogger. Menurut beliau, 1-2 bulan sebelum isterinya hamil, mereka mengamalkan meminum air Buah Zuriat. Pihak Herba Zuriat mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau kerana berkongsi dengan kita petua ini. Kalau nak lihat testimonial mereka yang dah berjaya dengan air rebusan buah zuriat, boleh klik DISINI.


Kredit to MyVitrd


Sapa yang perasan entri aku sebelum ni "Alhamdulillah bertemu dengan Buah Zuriat" yang mana aku janji akan kongsi macam mana cara nak memakan buat zuriat ni.

Pagi ni kalau korang nak tahu aku baru je selesai mengerjakan 2 biji buah zuriat ni.. kata orang kalau dah buat sendiri baru tahu macam mana susahnya nak mengerjakan buah zuriat yang sangat keras ni.




Daripada sumber-sumber bacaa dari google dan blog-blog rakan yang ada pengalaman mengerjakan buah zuriat ni..kesimpulannya adalah seperti dekat bawah ni

CARA MAKAN BUAH ZURIAT

Ada beberapa cara yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencuba iaitu :-

Cara Pertama

Beberapa rakan arab memberitahu caranya dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah ) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

Cara Kedua


Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.

(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya)


Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W (3 x)







Yang bermaksud:

"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.

Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah

yang memperkenankan segala doa."



(Doa untuk mendapatkan zuriat juga boleh dibaca di dalam Surah Al-Imran Ayat-200

dan Surah Al-Anbia Ayat-89).


Dekat Bawah ada beberapa gambar yang sempat aku ambil semasa mengerjakan buah zuriat tadi



Mula-mula ingat nak ketuk guna lesung batu.. tapi tak jalan juga..melantun-lantun macam belon




kecewa dengan lesung aku cuba hiris guna pisau.. macam kopek buah kelapa tau.. sebab ada sabut




Kalau betul2 tak sabar memang tak jadilah macam dekat atas ni.. pertama kali aku buat keje macam ni.. hehehe.. demi untuk isteri tercinta




nilah dia beza yang aku dah buang sabut dengan belum.. kalau korang nak tahu.. tempurung ni lagi keras dari tempurung kelapa.




konon-konon nak cuba ketuk guna lesung lepas buang sabut.. tapi mcam takda kesan je.. still rupa yang sama.




korang tahu aku buat apa ni sampai berlubang.. aku korek dekat atas sampai jadi macam ni guna pisau..




akhirnya aku berjaya kopek tempurung buah zuriat untuk lapisan pertama




nilah dia biji buah zuriat lepas keluar dari tempurung.. kalau korang nak tahu kulit yang ni lagi keras dari dari tempurung luar tadi




hasilnya membuahkan hasil.. lega rasanya bila dah berjaya keluarkan dari tempurung..




nilah dia isi buah zuriat tu.. sekali pandang macam isi kelapa kering.. bila aku picit isi dalam tu keras dia cuma tuhan je yang tahu.




tengoklah hasil aku kerjakan 2 biji buah zuriat dari Mekah ni.




Alhamdulilah isi dah aku keluarkan dan dah siap potong untuk direbus.. dia orang kata rebus sekurang-kurangnya 1/2 jam.. tadi aku dah mula rebus.. hasilnya air rebusan dah jadi macam air teh.. aku pon tak rasa lagi air tu rasa apa sebenarnya.. apa pon doakan kami berdua supaya cepat dikurniakan zuriat ye.. amin


Nota Kaki : Kata orang kita hanya berusaha Tuhan yang menentukan semua.. jangan berhenti dari berusaha disusuli dengan berdoa kepada yang maha Esa..

Kemahsyuran buah ini dikalangan masyarakat Melayu tiada rujukan dokumantari yang jelas semenjakbila ia diperkenalkan dan bagaimana nama buah ini digelar sebagai buah Adam Hawa atau buah Zuriat. Begitu juga dengan cara penyediaan dan penggunaan buah ini sebagai ramuan rawatan.

Buah ini mempunyai khasiat dan sifat farmakologis. Doum ekstrak yang digunakan dalam perubatan bilharziasis, hematuria, perdarahan terutamanya selepas kelahiran anak dan juga sebagai hypolipidemic dan suspensi hematinic. Teh dari Doum ini popular di Mesir dan diyakini baik untuk diabetes. kandungan mineral semulajadi dan vitamin yang terdapat dalam tumbuhan membantu peredaran darah .

Doum juga telah digunakan oleh orang-orang Mesir sebagai ubat tradisional untuk rawatan hipertensi.Secara tradisinya dipercayai bahawa penggambilan buah ini kepada pasangan suami isteri dapat menghasilkan zuriat kepada pasangan yang telah lama tiada mempunyai anak, selain dari itu, ia digunakan sebagai rawatan untuk;

1) Menyembuhkan lenguh-lenguh badan, Angin ahmar, strok, lumpuh dan lemah anggota
2) Mandian Spa dan kecantikan
3) Seks dan kebahagiahan rumah tangga
4) Kegemukkan, perut buncit,boroi
5) Tulang patah,tulang reput, sakit tulang,
6) Sakit sendi, sakit lutut, sakit tumit
7) Urat saraf, urat bersimpul, urat terbenam, urat bersalin
8) Tekanan darah, sejuk kaki/tangan, kebas kebas, darah pekat, pitam
9) Penyakit Parkinson, darah gemuruh
10) Sakit dada, sakit jantung, kurang stamina, tidak bertenaga
11) Sakit pinggang, Buah pinggang
12) Terkehel
13) Kejang otot. Simpul biawak, varicose vein
14) Gout, alergik, bias bias
15) Alat kelamin lelaki dan wanita(mengasak, menjabat, urut dan mengasah)
16) Mengetatkan faraj, selaput dara, rahim jatuh, perut jatuh
17) Buasir, sembelit, cirit birit, sakit usus, kolon
18) Burut, angin pasang, kencing berdarah, batu karang, lemah syahwat
19) Buang angin, lemak, lender, kahak, kolestral, uric
20) Kencing tak lawas, kencing malam, prostat
21) Payudara, monopaus, hormone tak seimbang, senggugut, keputihan
22) Bengkak perut, tumor, sis, kanser
23) Penyakit kelamin, jangkitan faraj, faraj berbau
24) Masalah kulit, kayap, panau, jeragat, sopak, kulit kasar
25) Gigitan dan bias binatang
26) Mata kabur, mata berair, mata merah

CARA PENGGUNAAN DAN PENYEDIAAN



Dikatakan buah zuriat ini amat berkhasiat. Penggambilan secara direbus ia boleh membantu kehamilan dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan dengan izin Allah.

Cara Pertama

Mengikut kata mereka yang pernah tinggal dan membesar di Negara seperti Saudi, Mesir, Sudan dan lain lain Negara Asia Barat memakan buah segar doum ini hanya sekadar menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar kulit buah zuriat ( tak perlu di belah ) seperti kita memecah kulit telur. Buahnya ringan dan sabut/ isi di dalamnya lembut dan bolih dimakan begitu sahaja

Cara Kedua

Disebabkan cuaca Negara kita panas dan lembab, ini meyebabkan buah doum menjadi keras dan liat. Maka mengupasnya dilakukan dengan bermacam macam cara , memang banyak versi dan cara menggunakan buah zuriat ini. Tidak tahulah mana satu cara yang paling berkesan. ;

1) Ada dengan cara menggunakan tokol besi untuk memecah lapisan luar, kemudian bijinya dihiris hiris.
2) Ada yang mengisar keseluruhan buah didalam mesin pengisar
3) Ada yang kata kalau nak pecahkan memang kena guna kudrat orang lelaki dengan sebilah parang.
4) Ada yang terus merebus keseluruhan buah itu begitu sahaja.
5) Ada yang merebus dua biji (sepasang) buah ini sekali gus.
6) Ada yang buah itu hancurkan isi nya dan dicampur dengan susu segar kemudian direbus, air rebusan tadi diminum

Rebusan biji dan isirungnya, sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Air rebusan ini diamalkan minumannya selama 44hari atau sehingga mengandung. Air ini diminum bersama suami isteri dan hampas rebusan ini diulang rebus sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.

Penggambilan buah ini boleh diambil pada bila-bila masa sahaja, malah buah ini juga kalau di gosok-gosokkan ke sendi-sendi yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya.

Ada mengekstrak keluar minyak dari buah ini bagi kegunaan rawatan serbaguna. Begitu juga dengan cara melakukan pelbagai penyediaan dan penggunaan dari buah ini.


Petua 1: Cara penyediaan air Buah Zuriat



Petua di bawah ini adalah penyediaan air Buah Zuriat melalui kaedah rebusan tanpa kulit.

(1) Potong Buah Zuriat dengan menggunakan pemotong daging atau parang. Buah ini mempunyai kulit dalam yang keras. Berhati-hati sewaktu memotong.

(2) Setelah terbelah dua. Ambil bahagian isi yang berwarna putih dan potong lah beberapa bahagian lagi sehingga kecil.

(3) Kemudian rebus buah tersebut dengan memasukkan 3 gelas air. Rebus sehingga tinggal 1 gelas.

(4) Boleh minum air tersebut pada waktu pagi dan malam. Untuk sedikit rasa, boleh campurkan dengan sedikit madu.

Petua 2: Cara penyediaan Buah Zuriat

Berlainan dengan Petua 1 yang memerlukan rebusan Buah Zuriat dalam tempoh tertentu dalam air yang menggelegak, petua kedua ini hanya melibatkan rendaman Buah Zuriat. Adalah dibimbangi, rebusan terlalu lama akan menyebabkan khasiatnya hilang akibat suhu tinggi. Petua kedua ini hanya melibatkan rendaman dalam air suam selama 5-6 jam.

1) Potong Buah Zuriat dengan menggunakan pisau pemotong daging.

2) Potong isi dan kulit kepada beberapa bahagian yang kecil.

3) Rendam dalam air suam selama 5-6 jam.

4) Air tersebut boleh lah dibuat minum pada waktu pagi dan malam.

Sementara itu, banyakkan berdoa dengan
doa-doa dari Al-Quran.

3 comments:

  1. Salam,

    Buah Zuriat Adam Hawa ini datangnya dari tanah arab terutama dari mekah, ia sebagai petua iktiar untuk hamil,sebagai ubat untuk merawat kesuburan. bukan sebagai penentu untuk dapat anak atau tidak, namun tidak salah mencuba, dan ramai juga yang telah berjaya hamil dengan usaha kecil ini dan dengan izin Allah, Allah nak beri itu dengan bermacam cara. selain utk kehamilan, ia juga bagus merawat piriod yang tak teratur, melawaskan ovum dan membantu kesuburan lelaki juga. kaedah penggunaannya berbeza2 namun semuanya boleh digunapakai

    bagi sesiapa yang mencari buah zuriat adam hawa ini, tidak perlu lagi susah hati, kerana saya juga ada memasarkan dari tanah arab, ada berbagai jenis, ada yang dah siap kapsulkan, ada yang sudah dijadikan pati jus, ada yang sudah dihancurkan dan masih belum proses pun ada.

    bagi semua yang sedang mengusahakan mendapatkan zuriat, saya sarankan sangat untuk mengamalkan bersama2 debunga kurma, debunga kurma ini adalah debu dari pohon kurma, bagus utk menguatkan rahim, mengurangkan risioko keguguran, merawat sperma yang rosak dan memekatkan air mani

    cara penggunaan setiap produk akan diberikan bersama barangan

    anda boleh SMS 0194344930 untuk mendapatkan harga, juga boleh click link dibawah ini utk testimoni

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=204053036393923&set=a.204052783060615.53496.145535915578969&type=3&theater

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...saya ada menjual buah zuriat & debunga kurma dgn pakej harga yg menarik..jika berminat boleh sms/whatsapp/wechat ke 013 - 984 6450 atau layari blog kami herbazuriat.blogspot.com...

    ReplyDelete
  3. Dekat blog saya www.nakhamil.com ada jual buah zuriat. tapi bukan dlm bentuk raw. tak payah belah n rebus dan sebagainya. buah zuriat kami ialah 'Kapsul Buah Zuriat Rezeki Ilahi', dlm bentuk kapsul, sng nak makan n amal bersama suami :) selain tu sesiapa yg tengah usaha nak hamil boleh amalkan bersama serbuk debunga kurma, pati delima, zinc (pekatkan air mani suami, tambah sperma), b complex (sbg asid folik) ovulation test kit (check waktu subur) n pregnancy test kit. Sesiapa yang tengah cuba untuk hamil boleh sms/wasup sy 013-3699505 (Puan Ila) :)

    Anak rezeki Allah.. buah zuriat ni hanyalah salah satu ikhtiar kita. Alhamdulillah mmg ramai yg berjaya hamil selepas amalkan buah zuriat bersama suami isteri. mmg bagus amalkan buah zuriat ni bersama debunga kurma, pati delima.. Apa yang penting jgn putus asa, sentiasa berusaha, bykkan berdoa dgn doa-doa mohon zuriat dan bertawakkal :)

    ReplyDelete