Credit to Tazkirah di FB (Tazkirah Online)
DOA SEORANG ISTERI
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah segala dosa-dosa yang telah aku lakukan
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista dan keji
Kau kuatkanlah semangatku untuk menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Sekiranya suamiku ini adalah pilihanmu di Arash
Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbingku di atas titianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha di atas segala perbuatannya..
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di Al-JannahMu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk tawaduk akan segala perintahnya..
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku
Peliharalah tingkah laku serta kata-kata ku dari menyakiti perasaannya..
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmatiMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya..
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan hanya untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan duniamu
Limpahkanlah aku kekuatanMu untuk memperbetulkan keadaannya..
Sekiranya suamiku mencintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..
Ya Allah
Engkau yang Maha Mengetahui akan apa yang terbaik untukku
Engkau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku..
Sekiranya aku tersilap dalam membuat sebarang keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam menjalankan tanggungjawabku sebagai isteri
Engkau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu
Ya Allah Sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu
Kuatkanlah hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan dari Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi oleh suamiku
Bukakanlah pintu hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku agar menjadi isteri yang solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar betapa hinanya diriku
Kerana aku seorang insan yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suami
Amin Ya Rabbal Alamin
No comments:
Post a Comment